Qun Wellness Academy
Qun Wellness Academy ditubuhkan pada tahun 2019 yang beroperasi di Taman Permata, Ulu Kelang. Akademi ini merupakan sebuah pusat latihan terkemuka yang berkomitmen untuk mempromosikan penjagaan kesihatan berasaskan rawatan terapeutik. Sejak penubuhannya, Qun Wellness Academy telah berkembang aktif menjadi pusat pendidikan dan latihan yang dipercayai dalam bidang urut terapi.
Qun Wellness Academy menawarkan pelbagai kursus unik yang direka khas untuk individu yang ingin menguasai teknik-teknik terapi kesihatan tradisional, komplementari, dan moden. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang terapi kesihatan dan kesejahteraan. Antara kursus utama yang tersedia termasuk:
- Kursus GeraQun: Direka untuk mereka yang ingin mempelajari teknik senaman dan pergerakan tubuh yang membantu menjaga keseimbangan postur dan kesihatan fizikal secara mandiri.
- Kursus Urutan Kesejahteraan Qun AsyiQ: Menggabungkan teknik urutan tradisional dan moden, kursus ini memberi fokus kepada meredakan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah, dan menyegarkan tubuh, memberikan pengalaman urutan badan yang mengasyikkan.
- Kursus Simpulan Urat: Kursus ini mengajarkan teknik urutan untuk merungkai simpulan otot dan fascia yang sering menjadi punca pelbagai masalah kesihatan, dengan lebih 300 jenis bentuk sakit yang dapat dibantu.
- Kursus Pembetulan Tulang Belakang Qun Elite: Program untuk pengamal terapi tulang belakang yang ingin mendalami lagi ilmu berkaitan sistem tulang belakang, dengan menggunakan teknik berbeza stimulasi tisu lembut.
- Kursus Anggun Mellinia: Program ini menawarkan pembelajaran khusus untuk kesihatan wanita, membantu mereka menguruskan keseimbangan feminin meliputi fizikal, emosi, mental dan sistem peranakan melalui teknik urutan terapi yang lebih diperhalusi.
Kursus-kursus anjuran kami juga menyediakan set dokumen lengkap untuk rujukan peserta. Dengan bimbingan Qun Hisham dan jurulatih yang terlatih, peserta mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai. Program intervensi juga dibuat untuk mengurangkan masalah dan kesulitan yang pengamal hadapi. InsyaAllah
Sejak memperkenalkan Terapi Qun, Qun Hisham telah berjaya melahirkan ramai pengamal dari pelbagai latar belakang pendidikan dan profesion. Penubuhan Qun Wellness Academy merupakan kesinambungan daripada aktiviti kursus anjuran Pusat Terapi Holistik Qun yang melatih kira-kira lebih 2,600 peserta dari seluruh negara. Beliau telah mengajar bidang urut terapi dalam pelbagai konteks, sama ada di peringkat personal, kekeluargaan mahupun dalam industri perubatan terapi tradisional dan komplementari. Penubuhan akademi ini telah memperkukuhkan lagi peranannya dalam memperluaskan pengaruh terapi Qun di peringkat antarabangsa.
Falsafah Pembelajaran
Setiap kursus yang ditawarkan fokus pada teori dan praktik langsung yang memungkinkan peserta untuk menerapkan apa yang telah mereka pelajari dalam situasi sebenar.
Misi Kami
Menjadi peneraju dalam pendidikan kesihatan terapi komplementari, memprofesionalkan profesion pengamal terapi yang berilmu, berkualiti dan berdedikasi.
Kenali Kumpulan Kami
Kami berusaha memberi penekanan kepada pelaksanaan pelbagai aspek bimbingan, peningkatan ilmu, ketrampilan yang selaras identiti persatuan. Visi, misi dan semangat kami ialah membimbing ahli persatuan untuk bekerjasama dalam mencapai objektif Qun.

Qun Hisyam
Pengerusi

Amir Bin Mohd Idris
Timbalan Pengerusi

Ateeqah Mohd Qari
Setiausaha

Alwani Mohd Kasim
Penolong Setiausaha

Fadhlina Mohd Nor
Bendahari

Amron Hakim Bin Mohd Hanafiah
Ahli Jawatankuasa

Zulkifli Bin Ishak
Ahli Jawatankuasa

Syarah Binti Kamaruz-zaman
Ahli Jawatankuasa

Rosnani Binti Desa
Ahli Jawatankuasa

Hamidi Bin Haris
Ahli Jawatankuasa